Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Isnin, 15 November 2010

Solat Sunat AidilAdha

Solat Sunat Hari Raya AidilAdha 1431H akan ditunaikan pada

Tarikh : 10 Zulhijjah 1431H / 17 November 2010
Tempat : Madrasah Al-Jassiniah
Masa : 8.30 pagi

Imam: Imam Shammsull Azlan Bin Said
Khatib: Imam Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid
Muazzin : Bilal Saaid Bin Ishak

* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Jumaat, 5 November 2010

Al-Fatihah













Al-Fatihah. Allahyarham Zulkifli Bin Kolik (Pak Zun) telah kembali ke Rahmatullah pada 4 November 2010 (lebih kurang 2.40 pagi) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh, Perak. Allahyarham sebelum itu ditempatkan di Wad 7B Hospital tersebut. Sebelum Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir (3 November-malam), jemaah Madrasah Al-Jassiniah sempat menziarahi Allahyarham di hospital berkenaan dan bersama-sama membacakan Yasin dan doa agar Allahyarham dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Beliau juga meninggalkan seorang anak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Pekan. Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

Ahad, 19 September 2010

Majlis Aidilfitri Surau


JEMPUTAN


Tuan / Puan / Encik / Cik
-- Pelayar Weblog Madrasah Al-Jassiniah --

bersama keluarga ke Rumah Terbuka Surau
di Madrasah Al-Jassiniah (Surau Kampung Tengah)

pada

Hari : Ahad
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 2 petang

Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Isnin, 13 September 2010

Tiada Korban Di Masjid Jamek Bukit Pekan

Masjid Jamek Bukit Pekan secara rasminya tidak akan mengadakan majlis korban sempena AidilAdha 1431H/2010M. Sehubungan dengan itu, adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban menerusi Madrasah Al-Jassiniah yang masih membuka penyertaan. Harap Maklum.

Ahad, 12 September 2010

Rumah Terbuka Madrasah Al-Jassiniah

Pengerusi dan jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah berminat untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Tarikh dan masa akan diberitahu kemudian. Harap Maklum

Jumaat, 10 September 2010

Rombongan Pagi Raya

Rombongan ziarah Aidilfitri Madrasah Al-Jassiniah. Rombongan telah singgah di rumah-rumah berikut :
1) Ustazah Rahimah
2) Shahril
3) Razak
4) Haji Din
5) Imam Aspar
6) Syam
7) Mokhtar Salam

Hari Raya Aidilfitri 1431H

* Kualiti gambar kurang memuaskan. Harap Maaf.

Rombongan takbir tahun ini diadakan di rumah-rumah seperti berikut

1) Saaid

2) Haji Mahmood

3) Hussin

4) Haji Din

5) Alampoya

6) Amran

7) Zainal

Khamis, 9 September 2010

Solat Sunat AidilFitri

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri akan ditunaikan pada

Tempat : Madrasah Al-Jassiniah
Masa : 9 pagi

Imam : Imam Shammsull Azlan Bin Said
Khatib : Imam Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid
Muazzin : Bilal Saaid Bin Ishak

* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Khamis, 12 Ogos 2010

Tazkirah Ramadhan

Madrasah Al-Jassiniah menganjurkan Tazkirah sepanjang ramadhan ini.

Penceramah :

Ustaz Syahrizal
(16 Ogos 2010)
Ustaz Anuar Bin Morat
(28 Ogos 2010)
Ustaz Idris Bin Ismail
(Ogos 2010)
Ustaz Ahmad Badli Bin Shaari
(1 September 2010)

* Tazkirah disampaikan selepas solat sunat Tarawikh
** Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Selasa, 10 Ogos 2010

Isnin, 9 Ogos 2010

Al-Fatihah


Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga En Aspar Bin Jainuddin di atas pemergian anaknya Allahyarham Assuandi (berbaju biru di dalam gambar di atas) petang tadi (08 Ogos 2010) . Allahyarham Assuandi merupakan cucu kepada Allahyarham Sapian Suri Bin Jasin. Jenazah beliau insyaAllah akan kebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pekan. Kami jemaah amat merasai pemergian beliau. Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

Rabu, 7 Julai 2010

Program Qiamullail Perdana

Program Qiamullail Perdana yang dianjurkan oleh Rakan Surau Madrasah Al-Jassiniah akan diadakan pada :

Hari : 16-17 Julai 2010
Tempat : Madrasah Al-Jassiniah

* Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Tentatif Program

Hari 1 - 16 Julai 2010
7:30 mlm - Berkumpul di Madrasah Al-Jassiniah
- Solat Maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib (Ustaz Sufian Bin Rejab)
- Solat Isyak Berjemaah
- Jamuan
- Bersurai (Boleh tidur di Madrasah untuk persiapan Qiamullail)

Hari 2 - 17 Julai 2010

3:30 pg - Persiapan untuk Qiamullail
- Taklimat (Kaifiat Qiamullail)
- Solat Subuh berjemaah
- Kuliah Subuh
- Minum pagi
- Bersurai

Selasa, 6 Julai 2010

Banner Madrasah Al-Jassiniah



28 Jun 2010 - Banner Madrasah Al-Jassiniah yang direka bentuk oleh Blogmaster telah siap dan dipasang selepas Asar pada tarikh tersebut. Banner ini telah dimasukkan sekali perkhidmatan yang disediakan dan orang untuk dihubungi.

Jumaat, 28 Mei 2010

Akikah


28 Mei 2010 - Satu lagi aktiviti "suraukite" membantu ibadah akikah walaupun dilanda pelbagai masalah dan ancaman. "Wamakaru wamakarallah, Wallahukhairul makirin". Namun jemaah masih istiqamah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan (sebahagian dari aktiviti dakwah). Penyembelihan ibadah akikah telah diadakan pada lebih kurang jam 8 pagi. Penyembelihan (seekor kambing) telah disempurnakan oleh Imam I, Madrasah Al-Jassiniah Tn Haji Abd Hamid Bin Abd Rashid dibantu oleh Imam Masjid Jamek Bukit Pekan (En Aspar), En Fakri, En Assuandi, dan En Hamid di kediaman En Ghazali. Turut membantu ahli keluarga En Ghazali. Semoga penyembelihan ini menjadi ibadah. Turut mengundang jemaah ke kenduri pada 29 Mei 2010 jam 12 tengah hari.

Ahad, 16 Mei 2010

Panggilan Ilahi



Al-Fatihah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali. En Sapian Suri Bin Imam Jasin (Penasihat Madrasah Al-Jassiniah) telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang pada jam 12 tengahari (semalam). Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pekan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

*Gambar kenangan pada majlis rumah terbuka Madrasah Al-Jassiniah (Almarhum memakai baju melayu biru)

Rabu, 14 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul 1431H


Walaupun Rabiul Awal telah beberapa bulan meninggalkan kita, tetapi hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW masih diperingati dengan majlis-majlis ilmu bersempena kelahiran baginda. Ini sudah semestinya berbeza dengan kita kerana kita menyambut hari lahir semasa kita masih hidup, tetapi kekasih Allah ini kelahirannya disambut walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita. Muhammad Uswatun Hasanah. Sehubungan dengan itu jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H pada:

Penceramah Jemputan : AF Ustaz Idris Bin Ismail
Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Perkarangan Madrasah Al-Jassiniah
Selesai sudah majlis sambutan Maulidur Rasul. Berikut merupakan rakaman mp3.

"Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam."

Updated - Rakaman Ceramah


Ustaz Idris - Maulid (Part I)





Ustaz Idris - Maulid (Part II)



Sabtu, 3 April 2010

Gotong-royong Rakan Surau - Walimatul urus


Rakan Surau turut serta dalam gotong-royong majlis walimatul urus seorang penduduk qariah. Tahniah Rakan Surau, teruskan budaya tolong-menolong semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. InsyaAllah.

Khamis, 1 April 2010

Mesyuarat Kompang


Assalamualaikum wbt
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tuhan yang menjadikan sekelian alam.

Mesyuarat Persatuan Kompang Ezhar telah dijalankan semalam dan telah membincangkan agenda yang telah ditetapkan pengerusi. Usul-usul daripada jawatankuasa juga dibincangkan. Perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat adalah seperti berikut.
  1. Pengerusi mencadangkan keahlian persatuan mestilah daripada lingkungan umur 9 tahun ke atas dan dipersetujui oleh semua jawatankuasa.
  2. En Amran mencadangkan jumlah keahlian ditambah daripada 15 hingga 20 orang kepada tidak melebihi 30 orang (dipersetujui sebulat suara). Cadangan kedua supaya nama persatuan ditukar kepada nama yang bersempena dengan madrasah (perlu dibincangkan dengan pengurusan Persatuan Kompang Ezhar).
  3. Pengerusi meminta setiausaha menyediakan borang keahlian dan surat kebenaran ibubapa untuk diisi oleh ahli. Surat pemberitahuan kepada pihak sekolah juga akan disertakan.
  4. Pengerusi mencadangkan supaya persatuan bekerjasama dengan Belia 4B. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima usul pengerusi untuk tidak bekerjasama dengan Jawatankuasa Penaja Belia 4B Kampung Kurnia dengan alasan kesukaran dari segi teknikal dan sebagainya. Oleh itu Belia 4B Kampung Tengah akan ditubuhkan semasa hari promosi kompang 18 April 2010 (dipersetujui sebulat suara).
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta semua jawatankuasa memberikan komitmen kepada persatuan. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 8.30 malam.

*Gambar sekadar hiasan.

Rabu, 31 Mac 2010

Barbeque Lagi


Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani. Madrasah Al-Jassiniah akan mengadakan aktiviti barbeque, pelbagai menu akan disediakan. Semua jemaah dijemput hadir sama-sama menjayakan program pada kali ini. Program akan diadakan pada:

Tarikh : 18 Rabiul Akhir 1431H bersamaan 3 April 2010
Masa : Selepas Solat Fardhu Isya'
Tempat : Perkarangan Madrasah Al-Jassiniah

Sekian untuk makluman.

Selasa, 30 Mac 2010

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia Kali Ke 52

Tarikh : 28 Mac 2010 bersama 12 Rabiul Akhir 1431H
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Bukit Pekan

Kampung Kurnia 28 Mac 2010 - Satu Mesyuarat Agung bagi melantik barisan saf kepimpinan baru persatuan di atas telah diadakan. Pelbagai ragam dapat disaksikan dan yang paling mencuit hati sehingga ada ahli mesyuarat yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat, di mana mereka masih bertindak mengaudit laporan kewangan pada sesi penggulungan walaupun laporan tersebut telah pun disahkan di dalam mesyuarat. Namun begitu, segelintir dikalangan ahli mesyuarat menyuarakan usul yang bernas untuk kepentingan persatuan. Keputusan mesyuarat memperlihatkan sokongan ahli mesyuarat kepada muka lama yang diterajui oleh Tn Haji Abd Majid Bin Mohd Shah kekal sehingga 2012. Cuma terdapat AJK baru tetapi tidak membawa perubahan kepada persatuan.


Pengerusi sedang menyampaikan amanatnya kepada ahli persatuan


Jawatankuasa tertinggi persatuan (dari kiri - Tn Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid, Tn Hj Mahmood Bin Sulaiman, En Mohamad Aspar Bin Jainuddin dan Pengerusi)


Antara ahli persatuan yang hadir

Ahad, 21 Mac 2010

Draft Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja


Klik di atas gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Isnin, 15 Mac 2010

Ahad, 14 Mac 2010

AJK Penaja Kumpulan Kompang Ezhar

Salam A'laik,

11 Mac 2010 - Satu mesyuarat bagi melantik AJK Penaja Kumpulan Kompang Ezhar telah diadakan bertempat di Madarasah Al-Jassiniah. Kumpulan ini diletakkan di bawah Biro Belia Masjid Jamek Bukit Pekan. Agenda mesyuarat tersebut adalah hanya untuk melantik AJK seperti berikut.

Pengerusi : En Syamsul Azlan Bin Saet @ Said
Naib Pengerusi : En Saaid Bin Ishak
Setiausaha : En Shahril Bin Zakaria
Pen Setiausaha : En Mohd Fakri Bin Shamsudin
Bendahari : En Roszi Bin Saad

AJK :
1) En Mohd Ilmi Bin Mohd Ali
2) En Amran Bin Mohd Yusuf
3) En Mohd Kamal Ariffin Bin Majid
4) En Ariffin Bin Tak
5) En Hassan Bin Inodin

Sehubungan itu, satu mesyuarat AJK akan diadakan dalam masa terdekat. Masa akan diberitahu kelak.

Isnin, 8 Mac 2010

Forum Perdana


Semalam ana sempat menyertai program sambutan Maulidur Rasul bertempat di Masjid Jamek Kampar. Kemuncak program ini adalah forum perdana yang bertajuk "Muhammad Uswatun Hasanah" yang membawakan ahli panel AF Ustaz Khairuddin at-takiri, AF Ustaz Yusni Mat Piah, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dan dipengerusikan oleh Saudara Burhan Ahmad. Untuk mendengar rakaman forum tersebut, sila klik "play"pada pemain mp3 di bawah. Yang baik sama-sama kita jadikan iktibar dan amalan.

Muhammad Uswatun Hasanah (Part I)





Muhammad Uswatun Hasanah (Part II)




Muhammad Uswatun Hasanah (Part III)




Khamis, 25 Februari 2010

Kumpulan 1 IKB 1431H telah dipenuhi

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan 1 bagi IKB telah menerima 2 orang lagi peserta. Sehubungan dengan itu kumpulan 1 telah dipenuhi. Dimaklumkan bahawa kumpulan 2 pula dibuka untuk penyertaan. Sayugia diingatkan, peserta dari luar qariah juga sangat-sangat dialukan.

Peserta IKB 1431H

Semalam ana sempat bersembang dengan pengerusi madrasah. Dari percakapan pengerusi, kemungkinan peserta IKB akan bertambah lagi seorang peserta. Jika peserta tersebut mengesahkan penyertaannya, maka kumpulan pertama IKB telah mendapat penyertaan ke-6 dan memerlukan seorang lagi peserta. Kemudian akan disusuli dengan kumpulan kedua. Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa secara online ataupun offline.

Regards
En Syamsul Azlan Bin Saet
+60125872445

Selasa, 23 Februari 2010

Logo Sementara


Logo sementara telah dilancarkan, semua urusan rasmi akan menggunakan logo ini sementara logo rasmi di dalam proses editting. Logo ini hendaklah disertakan di dalam sebarang surat yang dikeluarkan oleh madrasah.

Isnin, 22 Februari 2010

Peserta Korban

22 Feb 2010- Peserta ibadah korban berkelompok (IKB) bertambah seorang lagi peserta menjadikan 5 orang kesemuanya. Kumpulan yang pertama memerlukan 2 orang peserta sahaja lagi untuk dilengkapkan. InsyaAllah kumpulan yang kedua akan mula diisi sebaik sahaja yang pertama dipenuhi. Hubungi 0125872445 untuk maklumat lanjut atau terus ke Madrasah Al-Jassiniah. Surat hebahan telah pun diedarkan (Masjid dan Surau Bukit Pekan serta kedai-kedai di kawasan qariah Bukit Pekan).

Ahad, 21 Februari 2010

Ibadah Korban 1431H

Surat hebahan pembukaan penyertaan Ibadah Korban Berkelompok (IKB) 1431H/2010M.

Pondok Serbaguna

Satu lagi projek (tempat letak kereta dan motosikal) Madrasah Al-Jassiniah telah berjaya disiapkan pada 21 Februari 2010. Ucapan terima kasih kepada jemaah yang bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut. Credit kepada Ipin, Said dan Pet yang banyak menyumbangkan tenaga dari mula sehingga terbinanya dengan sempurna.

Sabtu, 20 Februari 2010

Eratkan Silaturrahim

Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan menyeru kepada semua jemaah surau dan masjid, marilah kita sama-sama eratkan silaturrahim antara kita tanpa mengira puak, suku, etnik mahupun pegangan politik. Atas nama Islam marilah sama-sama kita bina tali silaturrahim. Kita lupakan sedikit perbezaan pendapat yang kadang-kadang cuma mengenai perkara yang remeh-temeh walaupun sebenarnya kita banyak yang sependapat. Kita dibenarkan untuk berhujah tetapi jangan terlalu beremosi sehingga tanpa kita sedari ukhwah islamiah kita tergadai dek kerana hikayat seekor ikan. Kembalilah kepada Allah, bermaafanlah kita sesama jemaah. Lebih baik diam daripada berkata-kata yang lagha'. Semasa berkata-kata, waspadalah dengan kata-kata kita seperti menarik benang di dalam tepung. Tak salah menegur, tetapi tegurlah dengan berhikmah. Zaman sekarang tak perlu lagi tengking-menengking untuk menegur even budak-budak pun boleh terima nasihat jika ditegur dengan baik. Bersahabatlah kita kerana Allah dan bermusuhlah kita kerana Allah. Teguh jemaah kita, maka teguhlah Islam. Semakin hari, tanpa kita sedari persaudaraan kita semakin pudar. Ana berasa amat sedih dengan perkembangan semasa kita pada hari ini. Ayuhlah kita eratkan semula silaturrahim.

Hadis riwayat Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya".

Wassalam

Ahad, 14 Februari 2010

Korban Berkelompok Kini Dibuka !!!

Korban Berkelompok 1431H

Suka cita dimaklumkan bahawa, pihak madrasah telah membuka pendaftaran untuk korban berkelompok. Setiap peserta yang ingin mengambil bahagian untuk ibadah korban pada tahun ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM350 bagi setiap bahagian. Majlis korban ini akan diadakan di madrasah. Setakat ini 3 orang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian. Sila hubungi Imam II untuk maklumat selanjutnya (0125872445). Penyertaan dari luar qariah juga dialu-alukan.

Papan Kenyataan

Kami mengalu-alukan sebarang informasi mengenai majlis ilmu di kawasan berhampiran qariah atau sebarang majlis tahlil dan doa selamat. Sila hubungi penolong setiausaha Tn Haji Mahmood untuk makluman.

Gotong Royong

Membina tempat letak motosikal dan kereta.


Yang berbaju merah tu le contractornye


Skuad cakna tak abes-abes amik gambo, pas tu delete.
Jangan marah naib pengerusi surau. :-)

Sabtu, 13 Februari 2010

Walimatul Urus

Saudara Razak menjemput para jemaah ke majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman beliau (Kampung Tengah)

Tarikh : 13 Februari 2010 (Gotong Royong)
14 Februari 2010 (Majlis Kenduri)

Kuliah Mingguan

Kuliah Mustika Hadith

Tempat : Madrasah Al-Jassiniah
Masa : Kuliah Maghrib
Tarikh : 24 Februari 2010

Oleh Ustaz Anuar Bin Murat

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Program Maulidur Rasul


Jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah merancang untuk mengadakan majlis maulidur rasul tetapi masih diperingkat perbincangan. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Aktiviti

Program yang telah dijalankan anjuran pegawai dan jawatankuasa surau dengan kerjasama para jemaah. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, segala kekurangan harap dimaafkan. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak. Jazakallahu khairan kathiro.

Ramadhan 1430H
Gotong Royong Bubur Lambuk

Tak ada air lak masa ni, kena la tunggu sampai air ade balik.
Alhamdulillah sebelum Zohor, air dh ada balik.

Hari Raya EidulFitri 1430H














Sedang menunggu para jemaah.














Antara muslimah yang baru hadir.

Hari Raya EidulAdha 1430H
Majlis Korban

Pegang kuat yop, kang tolopeh susah.

Muharram 1430H
Gotong Royong Bubur Asyura

Di dalam bilik stor, pengerusi sedang QC teh yang dibancuhnye. Sheikh Hamid malu-malu lak bagi belakang.


Kaco jangan tak kaco. Takkan cekak pinggang je Abg Imam.


Malam buat bubur asyura 2, ada barbeque lak. Chef pegang mayonis, sakit perut la jemaah ni esok. Kenapa la gambar ana je dalam blog ni, photographer mintak supply gambar lain.