Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Rabu, 31 Mac 2010

Barbeque Lagi


Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani. Madrasah Al-Jassiniah akan mengadakan aktiviti barbeque, pelbagai menu akan disediakan. Semua jemaah dijemput hadir sama-sama menjayakan program pada kali ini. Program akan diadakan pada:

Tarikh : 18 Rabiul Akhir 1431H bersamaan 3 April 2010
Masa : Selepas Solat Fardhu Isya'
Tempat : Perkarangan Madrasah Al-Jassiniah

Sekian untuk makluman.

Selasa, 30 Mac 2010

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia Kali Ke 52

Tarikh : 28 Mac 2010 bersama 12 Rabiul Akhir 1431H
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Bukit Pekan

Kampung Kurnia 28 Mac 2010 - Satu Mesyuarat Agung bagi melantik barisan saf kepimpinan baru persatuan di atas telah diadakan. Pelbagai ragam dapat disaksikan dan yang paling mencuit hati sehingga ada ahli mesyuarat yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat, di mana mereka masih bertindak mengaudit laporan kewangan pada sesi penggulungan walaupun laporan tersebut telah pun disahkan di dalam mesyuarat. Namun begitu, segelintir dikalangan ahli mesyuarat menyuarakan usul yang bernas untuk kepentingan persatuan. Keputusan mesyuarat memperlihatkan sokongan ahli mesyuarat kepada muka lama yang diterajui oleh Tn Haji Abd Majid Bin Mohd Shah kekal sehingga 2012. Cuma terdapat AJK baru tetapi tidak membawa perubahan kepada persatuan.


Pengerusi sedang menyampaikan amanatnya kepada ahli persatuan


Jawatankuasa tertinggi persatuan (dari kiri - Tn Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid, Tn Hj Mahmood Bin Sulaiman, En Mohamad Aspar Bin Jainuddin dan Pengerusi)


Antara ahli persatuan yang hadir

Ahad, 21 Mac 2010

Draft Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja


Klik di atas gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Isnin, 15 Mac 2010

Ahad, 14 Mac 2010

AJK Penaja Kumpulan Kompang Ezhar

Salam A'laik,

11 Mac 2010 - Satu mesyuarat bagi melantik AJK Penaja Kumpulan Kompang Ezhar telah diadakan bertempat di Madarasah Al-Jassiniah. Kumpulan ini diletakkan di bawah Biro Belia Masjid Jamek Bukit Pekan. Agenda mesyuarat tersebut adalah hanya untuk melantik AJK seperti berikut.

Pengerusi : En Syamsul Azlan Bin Saet @ Said
Naib Pengerusi : En Saaid Bin Ishak
Setiausaha : En Shahril Bin Zakaria
Pen Setiausaha : En Mohd Fakri Bin Shamsudin
Bendahari : En Roszi Bin Saad

AJK :
1) En Mohd Ilmi Bin Mohd Ali
2) En Amran Bin Mohd Yusuf
3) En Mohd Kamal Ariffin Bin Majid
4) En Ariffin Bin Tak
5) En Hassan Bin Inodin

Sehubungan itu, satu mesyuarat AJK akan diadakan dalam masa terdekat. Masa akan diberitahu kelak.

Isnin, 8 Mac 2010

Forum Perdana


Semalam ana sempat menyertai program sambutan Maulidur Rasul bertempat di Masjid Jamek Kampar. Kemuncak program ini adalah forum perdana yang bertajuk "Muhammad Uswatun Hasanah" yang membawakan ahli panel AF Ustaz Khairuddin at-takiri, AF Ustaz Yusni Mat Piah, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dan dipengerusikan oleh Saudara Burhan Ahmad. Untuk mendengar rakaman forum tersebut, sila klik "play"pada pemain mp3 di bawah. Yang baik sama-sama kita jadikan iktibar dan amalan.

Muhammad Uswatun Hasanah (Part I)





Muhammad Uswatun Hasanah (Part II)




Muhammad Uswatun Hasanah (Part III)