Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Khamis, 25 Februari 2010

Kumpulan 1 IKB 1431H telah dipenuhi

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan 1 bagi IKB telah menerima 2 orang lagi peserta. Sehubungan dengan itu kumpulan 1 telah dipenuhi. Dimaklumkan bahawa kumpulan 2 pula dibuka untuk penyertaan. Sayugia diingatkan, peserta dari luar qariah juga sangat-sangat dialukan.

Peserta IKB 1431H

Semalam ana sempat bersembang dengan pengerusi madrasah. Dari percakapan pengerusi, kemungkinan peserta IKB akan bertambah lagi seorang peserta. Jika peserta tersebut mengesahkan penyertaannya, maka kumpulan pertama IKB telah mendapat penyertaan ke-6 dan memerlukan seorang lagi peserta. Kemudian akan disusuli dengan kumpulan kedua. Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa secara online ataupun offline.

Regards
En Syamsul Azlan Bin Saet
+60125872445

Selasa, 23 Februari 2010

Logo Sementara


Logo sementara telah dilancarkan, semua urusan rasmi akan menggunakan logo ini sementara logo rasmi di dalam proses editting. Logo ini hendaklah disertakan di dalam sebarang surat yang dikeluarkan oleh madrasah.

Isnin, 22 Februari 2010

Peserta Korban

22 Feb 2010- Peserta ibadah korban berkelompok (IKB) bertambah seorang lagi peserta menjadikan 5 orang kesemuanya. Kumpulan yang pertama memerlukan 2 orang peserta sahaja lagi untuk dilengkapkan. InsyaAllah kumpulan yang kedua akan mula diisi sebaik sahaja yang pertama dipenuhi. Hubungi 0125872445 untuk maklumat lanjut atau terus ke Madrasah Al-Jassiniah. Surat hebahan telah pun diedarkan (Masjid dan Surau Bukit Pekan serta kedai-kedai di kawasan qariah Bukit Pekan).

Ahad, 21 Februari 2010

Ibadah Korban 1431H

Surat hebahan pembukaan penyertaan Ibadah Korban Berkelompok (IKB) 1431H/2010M.

Pondok Serbaguna

Satu lagi projek (tempat letak kereta dan motosikal) Madrasah Al-Jassiniah telah berjaya disiapkan pada 21 Februari 2010. Ucapan terima kasih kepada jemaah yang bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut. Credit kepada Ipin, Said dan Pet yang banyak menyumbangkan tenaga dari mula sehingga terbinanya dengan sempurna.

Sabtu, 20 Februari 2010

Eratkan Silaturrahim

Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan menyeru kepada semua jemaah surau dan masjid, marilah kita sama-sama eratkan silaturrahim antara kita tanpa mengira puak, suku, etnik mahupun pegangan politik. Atas nama Islam marilah sama-sama kita bina tali silaturrahim. Kita lupakan sedikit perbezaan pendapat yang kadang-kadang cuma mengenai perkara yang remeh-temeh walaupun sebenarnya kita banyak yang sependapat. Kita dibenarkan untuk berhujah tetapi jangan terlalu beremosi sehingga tanpa kita sedari ukhwah islamiah kita tergadai dek kerana hikayat seekor ikan. Kembalilah kepada Allah, bermaafanlah kita sesama jemaah. Lebih baik diam daripada berkata-kata yang lagha'. Semasa berkata-kata, waspadalah dengan kata-kata kita seperti menarik benang di dalam tepung. Tak salah menegur, tetapi tegurlah dengan berhikmah. Zaman sekarang tak perlu lagi tengking-menengking untuk menegur even budak-budak pun boleh terima nasihat jika ditegur dengan baik. Bersahabatlah kita kerana Allah dan bermusuhlah kita kerana Allah. Teguh jemaah kita, maka teguhlah Islam. Semakin hari, tanpa kita sedari persaudaraan kita semakin pudar. Ana berasa amat sedih dengan perkembangan semasa kita pada hari ini. Ayuhlah kita eratkan semula silaturrahim.

Hadis riwayat Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya".

Wassalam

Ahad, 14 Februari 2010

Korban Berkelompok Kini Dibuka !!!

Korban Berkelompok 1431H

Suka cita dimaklumkan bahawa, pihak madrasah telah membuka pendaftaran untuk korban berkelompok. Setiap peserta yang ingin mengambil bahagian untuk ibadah korban pada tahun ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM350 bagi setiap bahagian. Majlis korban ini akan diadakan di madrasah. Setakat ini 3 orang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian. Sila hubungi Imam II untuk maklumat selanjutnya (0125872445). Penyertaan dari luar qariah juga dialu-alukan.

Papan Kenyataan

Kami mengalu-alukan sebarang informasi mengenai majlis ilmu di kawasan berhampiran qariah atau sebarang majlis tahlil dan doa selamat. Sila hubungi penolong setiausaha Tn Haji Mahmood untuk makluman.

Gotong Royong

Membina tempat letak motosikal dan kereta.


Yang berbaju merah tu le contractornye


Skuad cakna tak abes-abes amik gambo, pas tu delete.
Jangan marah naib pengerusi surau. :-)

Sabtu, 13 Februari 2010

Walimatul Urus

Saudara Razak menjemput para jemaah ke majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman beliau (Kampung Tengah)

Tarikh : 13 Februari 2010 (Gotong Royong)
14 Februari 2010 (Majlis Kenduri)

Kuliah Mingguan

Kuliah Mustika Hadith

Tempat : Madrasah Al-Jassiniah
Masa : Kuliah Maghrib
Tarikh : 24 Februari 2010

Oleh Ustaz Anuar Bin Murat

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Program Maulidur Rasul


Jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah merancang untuk mengadakan majlis maulidur rasul tetapi masih diperingkat perbincangan. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Aktiviti

Program yang telah dijalankan anjuran pegawai dan jawatankuasa surau dengan kerjasama para jemaah. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, segala kekurangan harap dimaafkan. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak. Jazakallahu khairan kathiro.

Ramadhan 1430H
Gotong Royong Bubur Lambuk

Tak ada air lak masa ni, kena la tunggu sampai air ade balik.
Alhamdulillah sebelum Zohor, air dh ada balik.

Hari Raya EidulFitri 1430H














Sedang menunggu para jemaah.














Antara muslimah yang baru hadir.

Hari Raya EidulAdha 1430H
Majlis Korban

Pegang kuat yop, kang tolopeh susah.

Muharram 1430H
Gotong Royong Bubur Asyura

Di dalam bilik stor, pengerusi sedang QC teh yang dibancuhnye. Sheikh Hamid malu-malu lak bagi belakang.


Kaco jangan tak kaco. Takkan cekak pinggang je Abg Imam.


Malam buat bubur asyura 2, ada barbeque lak. Chef pegang mayonis, sakit perut la jemaah ni esok. Kenapa la gambar ana je dalam blog ni, photographer mintak supply gambar lain.