Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Sabtu, 20 Februari 2010

Eratkan Silaturrahim

Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan menyeru kepada semua jemaah surau dan masjid, marilah kita sama-sama eratkan silaturrahim antara kita tanpa mengira puak, suku, etnik mahupun pegangan politik. Atas nama Islam marilah sama-sama kita bina tali silaturrahim. Kita lupakan sedikit perbezaan pendapat yang kadang-kadang cuma mengenai perkara yang remeh-temeh walaupun sebenarnya kita banyak yang sependapat. Kita dibenarkan untuk berhujah tetapi jangan terlalu beremosi sehingga tanpa kita sedari ukhwah islamiah kita tergadai dek kerana hikayat seekor ikan. Kembalilah kepada Allah, bermaafanlah kita sesama jemaah. Lebih baik diam daripada berkata-kata yang lagha'. Semasa berkata-kata, waspadalah dengan kata-kata kita seperti menarik benang di dalam tepung. Tak salah menegur, tetapi tegurlah dengan berhikmah. Zaman sekarang tak perlu lagi tengking-menengking untuk menegur even budak-budak pun boleh terima nasihat jika ditegur dengan baik. Bersahabatlah kita kerana Allah dan bermusuhlah kita kerana Allah. Teguh jemaah kita, maka teguhlah Islam. Semakin hari, tanpa kita sedari persaudaraan kita semakin pudar. Ana berasa amat sedih dengan perkembangan semasa kita pada hari ini. Ayuhlah kita eratkan semula silaturrahim.

Hadis riwayat Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya".

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan