Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Rabu, 14 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul 1431H


Walaupun Rabiul Awal telah beberapa bulan meninggalkan kita, tetapi hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW masih diperingati dengan majlis-majlis ilmu bersempena kelahiran baginda. Ini sudah semestinya berbeza dengan kita kerana kita menyambut hari lahir semasa kita masih hidup, tetapi kekasih Allah ini kelahirannya disambut walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita. Muhammad Uswatun Hasanah. Sehubungan dengan itu jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H pada:

Penceramah Jemputan : AF Ustaz Idris Bin Ismail
Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Perkarangan Madrasah Al-Jassiniah
Selesai sudah majlis sambutan Maulidur Rasul. Berikut merupakan rakaman mp3.

"Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam."

Updated - Rakaman Ceramah


Ustaz Idris - Maulid (Part I)





Ustaz Idris - Maulid (Part II)



Sabtu, 3 April 2010

Gotong-royong Rakan Surau - Walimatul urus


Rakan Surau turut serta dalam gotong-royong majlis walimatul urus seorang penduduk qariah. Tahniah Rakan Surau, teruskan budaya tolong-menolong semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. InsyaAllah.

Khamis, 1 April 2010

Mesyuarat Kompang


Assalamualaikum wbt
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tuhan yang menjadikan sekelian alam.

Mesyuarat Persatuan Kompang Ezhar telah dijalankan semalam dan telah membincangkan agenda yang telah ditetapkan pengerusi. Usul-usul daripada jawatankuasa juga dibincangkan. Perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat adalah seperti berikut.
  1. Pengerusi mencadangkan keahlian persatuan mestilah daripada lingkungan umur 9 tahun ke atas dan dipersetujui oleh semua jawatankuasa.
  2. En Amran mencadangkan jumlah keahlian ditambah daripada 15 hingga 20 orang kepada tidak melebihi 30 orang (dipersetujui sebulat suara). Cadangan kedua supaya nama persatuan ditukar kepada nama yang bersempena dengan madrasah (perlu dibincangkan dengan pengurusan Persatuan Kompang Ezhar).
  3. Pengerusi meminta setiausaha menyediakan borang keahlian dan surat kebenaran ibubapa untuk diisi oleh ahli. Surat pemberitahuan kepada pihak sekolah juga akan disertakan.
  4. Pengerusi mencadangkan supaya persatuan bekerjasama dengan Belia 4B. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima usul pengerusi untuk tidak bekerjasama dengan Jawatankuasa Penaja Belia 4B Kampung Kurnia dengan alasan kesukaran dari segi teknikal dan sebagainya. Oleh itu Belia 4B Kampung Tengah akan ditubuhkan semasa hari promosi kompang 18 April 2010 (dipersetujui sebulat suara).
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta semua jawatankuasa memberikan komitmen kepada persatuan. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 8.30 malam.

*Gambar sekadar hiasan.