Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Isnin, 15 November 2010

Solat Sunat AidilAdha

Solat Sunat Hari Raya AidilAdha 1431H akan ditunaikan pada

Tarikh : 10 Zulhijjah 1431H / 17 November 2010
Tempat : Madrasah Al-Jassiniah
Masa : 8.30 pagi

Imam: Imam Shammsull Azlan Bin Said
Khatib: Imam Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid
Muazzin : Bilal Saaid Bin Ishak

* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Jumaat, 5 November 2010

Al-Fatihah













Al-Fatihah. Allahyarham Zulkifli Bin Kolik (Pak Zun) telah kembali ke Rahmatullah pada 4 November 2010 (lebih kurang 2.40 pagi) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh, Perak. Allahyarham sebelum itu ditempatkan di Wad 7B Hospital tersebut. Sebelum Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir (3 November-malam), jemaah Madrasah Al-Jassiniah sempat menziarahi Allahyarham di hospital berkenaan dan bersama-sama membacakan Yasin dan doa agar Allahyarham dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Beliau juga meninggalkan seorang anak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Pekan. Semoga Rohnya dicucuri rahmat.