Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Isnin, 23 September 2013

Minyak Raihanah Syifa'

Anda mempunyai masalah

Diganggu makhluk halus?
Anak-anak degil?
Selalu terkena histeria?
Sakit-sakit badan?
Mempunyai masalah rumahtangga?

Cuba dapatkan Minyak Raihanah Syifa' yang didoa dan disyifa' eksklusif oleh AF Dato' Ustaz Ismail Bin Kamus. InshaaAllah berkesan.

Sila hubungi :
+6017-432 4452 atau
http://www.facebook.com/chayaqaf


Jumaat, 22 Mac 2013

Kemaskini : Kutipan Sumbangan

Alhamdulillah, pihak kami telah menerima sumbangan menerusi akaun Maybank chayaqaf Enterprise (558042600496). Kami akan mengemaskini kutipan semasa di weblog ini.

Kutipan Offline (terkumpul):
RM14836.00

Kutipan Online (terkumpul melalui MBB Chayaqaf Enterprise):
RM170 (2307)

Sumbangan Lain
1) Plaster Ceiling (En Ariffin)
2) Mic (En Zainal)

*Jumlah di atas adalah setakat 19.05.2013

Ahad, 17 Mac 2013

Fasa I

Fasa Pertama telah bermula, berikut gambar semasa gotong-royong diadakan.






Khamis, 14 Mac 2013

Gotong-royong

Madrasah Al-Jassiniah akan mengadakan gotong-royong bagi menyiapkan lantai surau pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Mac 2012

InShaaAllah


--
 Sent from my iPhone

Sabtu, 23 Februari 2013

Dalam Kenangan : Pak Alit

Rakan surau melalui En Fakri dan En Ismail telah pun mengutip sumbangan untuk batu nissan Allahyarham Pak Alit (penyelia tanah perkuburan bukit pekan). Semoga rohnya dicucuri rahmat.

--
Sent from my iPhone

Rabu, 20 Februari 2013

Madrasah Al-Jassiniah

Berikut merupakan gambar surau yang akan diubahsuai. Dana yang ada masih tidak mencukupi. Cadangan untuk menurunkan bahagian atas bagi keselesaan jemaah yang telah uzur dan tidak boleh menggunakan tangga. Oleh kerana surau tidak mempunyai akaun bank, segala sumbangan anda boleh disalurkan melalui MBB : chayaqaf Enterprise. Derma ikhlas tiada nilai minimum atau maksimum.


--
Sent from my iPhone

Isnin, 18 Februari 2013

Sumbangan Unit Pembangunan

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT sumbangan meningkat setiap hari. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang InSyaAllah sentiasa dirahmati Allah SWT, kami sentiasa mendoakan anda. Tetapi kami masih memerlukan sumbangan anda untuk keselesesaan jemaah. Sesungguhnya berbahagialah orang yang memberikan sesuatu untuk membantu agama Allah. Rebutlah peluang ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dilimpahkanNya. Sebahagian dari rezeki kita perlu diinfaqkan di jalan Allah. Kita boleh habiskan wang untuk hiburan dan nikmat dunia, janganlah kita kedekut dengan Allah SWT.

--
Sent from my iPhone

Khamis, 14 Februari 2013

Katakan TIDAK pada Hari Valentine

Alhamdulillah semakin ramai memahami pandangan Islam terhadap hari yang tersebut.

Firman Allah SWT
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka menyesatkanmu dari jalan Allah. Dan tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." Surah Al-An'am : 116)

--
Sent from my iPhone

Khamis, 7 Februari 2013

Pembangunan

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan seluruh sahabatnya.

Jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah telah bersetuju untuk menaiktaraf struktur surau yang sedia ada supaya lebih selesa kepada jemaah. Sehubungam dengan itu kami dengan rasa rendah diri memohon bantuan kewangan bagi menjayakan usaha ini. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui Pengerusi Madrasah Al-Jassiniah atau kepada Tuan Haji Mahmood Bin Sulaiman.

Firman Allah SWT:
"Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)Nya pula." - surah al-Zalzalah 99:7-8

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013M

suraukite mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 Masihi. Semoga pelayar weblog ini berada di dalam nikmat Iman dan Islam.