Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Sabtu, 17 November 2012

Save Gaza

Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU. (Riwayat al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa) Makna: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing2 ke atas mereka dari anjing2 Mu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka, amin.

Isnin, 12 November 2012

Blog Terbaru


suraukite Media Creative akan menerbitkan sebuah lagi blog secara rasminya untuk Persatuan Silat Gayong Malaysia (Cawangan Masjid Bukit Pekan). Masih di dalam proses pembinaan, blog tersebut juga akan dijenamakan di bawah suraukite Media Creative.

Ahad, 11 November 2012

Hit ke 3000

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pelayar weblog suraukite. Hit ke 3000 tercatat 10 November 2012 (malam). Alhamdulillah, semoga terus melayari weblog kami dengan info terkini. Terima kasih kerana sokongan anda.

Khamis, 8 November 2012

Majlis Ihtifal & Khatam Al-Quran


Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hidayah Kampung Kurnia, Bukit Pekan akan mengadakan Majlis Ihtifal Dan Khatam Al-Qur'an.

Tarikh :  10hb November 2012
Masa  :  8.30 pagi
Tempat  :  Dewan SRAR  Al-Hidayah

" Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Ulangtahun Weblog suraukite ke-3

Alhamdulillah, hampir 3 tahun weblog suraukite beroperasi. Bermula pada 30 November 2009 sehingga hari ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. InsyaAllah Weblog suraukite akan terus aktif di masa akan datang. Terima Kasih kepada pelayar Weblog suraukite tidak kurang yang memberi sokongan dan galakan. Selamat menyambut Maal Hijrah.

IKB 2013 kini dibuka

Ibadah Korban Berkelompok 2013 kini dibuka untuk penyertaan.

Madrasah Al-Jassiniah (Surau Kampung Tengah) akan mengadakan Korban berkelompok (juga Aqiqah) untuk tahun 2013. 
Seekor lembu = RM 2600*
Seekor kerbau = RM2650*
Seekor kambing = RM 550*
1 bahagian = RM 375* (binatang korban akan ditetapkan pihak pengurusan)

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi

1) Hj Mahmood Bin Sulaiman
2) En Fakri Bin Shamsudin

Bayaran boleh dibuat melalui (sahaja)
1) Hj Abd Hamid Bin Hj Abd Rashid

“Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad)
 
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum daripada jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
 
*Harga binatang korban tertakluk kepada harga semasa

Mari Belajar Tajwid

Mengubah Ciptaan Allah SWT - Rambut

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: 
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). 

Kesimpulan Hadis:
  1. Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah SWT
  2. Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
Wallaua'lam 

Rabu, 7 November 2012

Ahlan Wasahlan Muharram 1434H

Kita sebagai umat islam akan menyambut tahun baru untuk kalendar Islam. Antara ibadah yang boleh kita lakukan di ambang 1434H.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Ibadah Korban & Aqiqah 2013

Surau Al-Jassiniah Kg Tengah akan menganjurkan Ibadah Korban dan Aqiqah utk tahun 2013. Oleh itu sesiapa yang ingin turut serta sila berhubung dengan :
1. Hj Abd Hamid Bin Abdul Rashid
2. En Zainal Adnan Bin Abd Wahab
3. En Fakri Bin Shamsudin
4. Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman

Kemaskini peserta Ibadah Korban 2013 terdapat di sebelah kanan weblog.

Penubuhan Pasukan Rebana

Surau Al -Jassiniah akan cuba menubuhkan pasukan rebana tidak lama lagi.
Pasukan ini akan di ketuai oleh seperti berikut :
1.  En Muhammad Aspar Bin Jainudin
2.  Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman.

Oleh  itu sesiapa yg berminat sila hubungi nama di atas.

*Kami juga menerima sumbangan bagi membeli rebana baru untuk kumpulan ini.