Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Jumaat, 28 Mei 2010

Akikah


28 Mei 2010 - Satu lagi aktiviti "suraukite" membantu ibadah akikah walaupun dilanda pelbagai masalah dan ancaman. "Wamakaru wamakarallah, Wallahukhairul makirin". Namun jemaah masih istiqamah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan (sebahagian dari aktiviti dakwah). Penyembelihan ibadah akikah telah diadakan pada lebih kurang jam 8 pagi. Penyembelihan (seekor kambing) telah disempurnakan oleh Imam I, Madrasah Al-Jassiniah Tn Haji Abd Hamid Bin Abd Rashid dibantu oleh Imam Masjid Jamek Bukit Pekan (En Aspar), En Fakri, En Assuandi, dan En Hamid di kediaman En Ghazali. Turut membantu ahli keluarga En Ghazali. Semoga penyembelihan ini menjadi ibadah. Turut mengundang jemaah ke kenduri pada 29 Mei 2010 jam 12 tengah hari.

Ahad, 16 Mei 2010

Panggilan Ilahi



Al-Fatihah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali. En Sapian Suri Bin Imam Jasin (Penasihat Madrasah Al-Jassiniah) telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang pada jam 12 tengahari (semalam). Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pekan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

*Gambar kenangan pada majlis rumah terbuka Madrasah Al-Jassiniah (Almarhum memakai baju melayu biru)