
Jumaat, 28 Mei 2010
Akikah

28 Mei 2010 - Satu lagi aktiviti "suraukite" membantu ibadah akikah walaupun dilanda pelbagai masalah dan ancaman. "Wamakaru wamakarallah, Wallahukhairul makirin". Namun jemaah masih istiqamah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan (sebahagian dari aktiviti dakwah). Penyembelihan ibadah akikah telah diadakan pada lebih kurang jam 8 pagi. Penyembelihan (seekor kambing) telah disempurnakan oleh Imam I, Madrasah Al-Jassiniah Tn Haji Abd Hamid Bin Abd Rashid dibantu oleh Imam Masjid Jamek Bukit Pekan (En Aspar), En Fakri, En Assuandi, dan En Hamid di kediaman En Ghazali. Turut membantu ahli keluarga En Ghazali. Semoga penyembelihan ini menjadi ibadah. Turut mengundang jemaah ke kenduri pada 29 Mei 2010 jam 12 tengah hari.
Labels:
Program dan Aktiviti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan