Ruangan Iklan Untuk di Sewa

Selasa, 30 Mac 2010

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia

Mesyuarat Persatuan Khairat Kampung Kurnia Kali Ke 52

Tarikh : 28 Mac 2010 bersama 12 Rabiul Akhir 1431H
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Bukit Pekan

Kampung Kurnia 28 Mac 2010 - Satu Mesyuarat Agung bagi melantik barisan saf kepimpinan baru persatuan di atas telah diadakan. Pelbagai ragam dapat disaksikan dan yang paling mencuit hati sehingga ada ahli mesyuarat yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat, di mana mereka masih bertindak mengaudit laporan kewangan pada sesi penggulungan walaupun laporan tersebut telah pun disahkan di dalam mesyuarat. Namun begitu, segelintir dikalangan ahli mesyuarat menyuarakan usul yang bernas untuk kepentingan persatuan. Keputusan mesyuarat memperlihatkan sokongan ahli mesyuarat kepada muka lama yang diterajui oleh Tn Haji Abd Majid Bin Mohd Shah kekal sehingga 2012. Cuma terdapat AJK baru tetapi tidak membawa perubahan kepada persatuan.


Pengerusi sedang menyampaikan amanatnya kepada ahli persatuan


Jawatankuasa tertinggi persatuan (dari kiri - Tn Hj Abd Hamid Bin Abd Rashid, Tn Hj Mahmood Bin Sulaiman, En Mohamad Aspar Bin Jainuddin dan Pengerusi)


Antara ahli persatuan yang hadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan