Sabtu, 23 Februari 2013
Dalam Kenangan : Pak Alit
Rakan surau melalui En Fakri dan En Ismail telah pun mengutip sumbangan untuk batu nissan Allahyarham Pak Alit (penyelia tanah perkuburan bukit pekan). Semoga rohnya dicucuri rahmat.
--
Sent from my iPhone
--
Sent from my iPhone
Labels:
Berita Terkini
Rabu, 20 Februari 2013
Madrasah Al-Jassiniah
Berikut merupakan gambar surau yang akan diubahsuai. Dana yang ada masih tidak mencukupi. Cadangan untuk menurunkan bahagian atas bagi keselesaan jemaah yang telah uzur dan tidak boleh menggunakan tangga. Oleh kerana surau tidak mempunyai akaun bank, segala sumbangan anda boleh disalurkan melalui MBB : chayaqaf Enterprise. Derma ikhlas tiada nilai minimum atau maksimum.

Sent from my iPhone
Labels:
Berita Terkini,
Sumbangan
Isnin, 18 Februari 2013
Sumbangan Unit Pembangunan
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT sumbangan meningkat setiap hari. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang InSyaAllah sentiasa dirahmati Allah SWT, kami sentiasa mendoakan anda. Tetapi kami masih memerlukan sumbangan anda untuk keselesesaan jemaah. Sesungguhnya berbahagialah orang yang memberikan sesuatu untuk membantu agama Allah. Rebutlah peluang ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dilimpahkanNya. Sebahagian dari rezeki kita perlu diinfaqkan di jalan Allah. Kita boleh habiskan wang untuk hiburan dan nikmat dunia, janganlah kita kedekut dengan Allah SWT.
-- Sent from my iPhone |
Labels:
Berita Terkini,
Sumbangan
Khamis, 14 Februari 2013
Katakan TIDAK pada Hari Valentine
Alhamdulillah semakin ramai memahami pandangan Islam terhadap hari yang tersebut.
Firman Allah SWT
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka menyesatkanmu dari jalan Allah. Dan tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." Surah Al-An'am : 116)
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka menyesatkanmu dari jalan Allah. Dan tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." Surah Al-An'am : 116)
--
Sent from my iPhone
Labels:
Tanbihul Ghafilin
Khamis, 7 Februari 2013
Pembangunan
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan seluruh sahabatnya.
Jawatankuasa Madrasah Al-Jassiniah telah bersetuju untuk menaiktaraf struktur surau yang sedia ada supaya lebih selesa kepada jemaah. Sehubungam dengan itu kami dengan rasa rendah diri memohon bantuan kewangan bagi menjayakan usaha ini. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui Pengerusi Madrasah Al-Jassiniah atau kepada Tuan Haji Mahmood Bin Sulaiman.
Firman Allah SWT:
"Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)Nya pula." - surah al-Zalzalah 99:7-8
Labels:
Info
Langgan:
Catatan (Atom)