Selasa, 18 Disember 2012
suraukite Agenda
Untuk makluman pengunjung weblog suraukite, sebarang aktiviti seperti kuliah, ceramah, mesyuarat dan sebagainya sila dapatkan update di ruangan suraukite Agenda di sebelah kanan anda.
Isnin, 17 Disember 2012
Unit Pembangunan
Madrasah Al-Jassiniah memerlukan sumbangan untuk pembangunan madrasah yang telah uzur. Derma boleh disalurkan kepada Pengerusi Madrasah Al-Jassiniah Tn Haji Abd Hamid Bin Abd Rashid.
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya" (Al-Imran : 92)
Selasa, 4 Disember 2012
Sabtu, 17 November 2012
Save Gaza

Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman
denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan
kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami
sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami
berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu,
sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang
kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang
menghalang-halangi dari jalanMU. (Riwayat al-Baihaqi dan disahihkan
oleh al-Albani di dalam al-Irwa)
Makna:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding
(kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan
mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan
pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan
mereka (melalutkan kereka), goyahkanlah pendirian mereka, dan
hantarkanlah anjing2 ke atas mereka dari anjing2 Mu, wahai Tuhan Yang
Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha
Berdendam, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan
wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera
al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka, amin.
Labels:
Lain-lain
Isnin, 12 November 2012
Blog Terbaru

suraukite Media Creative akan menerbitkan sebuah lagi blog secara rasminya untuk Persatuan Silat Gayong Malaysia (Cawangan Masjid Bukit Pekan). Masih di dalam proses pembinaan, blog tersebut juga akan dijenamakan di bawah suraukite Media Creative.
Labels:
Info
Ahad, 11 November 2012
Hit ke 3000
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pelayar weblog suraukite. Hit ke 3000 tercatat 10 November 2012 (malam). Alhamdulillah, semoga terus melayari weblog kami dengan info terkini. Terima kasih kerana sokongan anda.
Labels:
Info
Khamis, 8 November 2012
Majlis Ihtifal & Khatam Al-Quran
Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hidayah Kampung Kurnia, Bukit Pekan akan mengadakan Majlis Ihtifal Dan Khatam Al-Qur'an.
Tarikh : 10hb November 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SRAR Al-Hidayah
" Muslimin dan muslimat dijemput hadir "
Ulangtahun Weblog suraukite ke-3

Alhamdulillah, hampir 3 tahun weblog suraukite beroperasi. Bermula pada 30 November 2009 sehingga hari ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. InsyaAllah Weblog suraukite akan terus aktif di masa akan datang. Terima Kasih kepada pelayar Weblog suraukite tidak kurang yang memberi sokongan dan galakan. Selamat menyambut Maal Hijrah.
Labels:
Info
IKB 2013 kini dibuka

Ibadah Korban Berkelompok 2013 kini dibuka untuk penyertaan.
Madrasah Al-Jassiniah (Surau Kampung Tengah) akan mengadakan Korban berkelompok (juga Aqiqah) untuk tahun 2013.
Seekor lembu = RM 2600*
Seekor kerbau = RM2650*
Seekor kambing = RM 550*
1 bahagian = RM 375* (binatang korban akan ditetapkan pihak pengurusan)
Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi
1) Hj Mahmood Bin Sulaiman
2) En Fakri Bin Shamsudin
Bayaran boleh dibuat melalui (sahaja)
1) Hj Abd Hamid Bin Hj Abd Rashid
“Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada
hari al-Nahr (10 Zulhijjah) daripada menyembelih sembelihan (korban),
sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu
dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban
itu sampai kepada Allah sebelum daripada jatuh ke atas tanah maka
sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
*Harga binatang korban tertakluk kepada harga semasa
Mengubah Ciptaan Allah SWT - Rambut
Diriwayatkan daripada Ibnu
Umar RA, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang
telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya.
Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah SWT
- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
Labels:
Hadith
Rabu, 7 November 2012
Ahlan Wasahlan Muharram 1434H


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Labels:
Info
Ibadah Korban & Aqiqah 2013
Surau Al-Jassiniah Kg Tengah akan menganjurkan Ibadah Korban dan Aqiqah utk tahun 2013. Oleh itu sesiapa yang ingin turut serta sila berhubung dengan :
1. Hj Abd Hamid Bin Abdul Rashid
2. En Zainal Adnan Bin Abd Wahab
3. En Fakri Bin Shamsudin
4. Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman
Kemaskini peserta Ibadah Korban 2013 terdapat di sebelah kanan weblog.
1. Hj Abd Hamid Bin Abdul Rashid
2. En Zainal Adnan Bin Abd Wahab
3. En Fakri Bin Shamsudin
4. Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman
Kemaskini peserta Ibadah Korban 2013 terdapat di sebelah kanan weblog.
Penubuhan Pasukan Rebana
Surau Al -Jassiniah akan cuba menubuhkan pasukan rebana tidak lama lagi.
Pasukan ini akan di ketuai oleh seperti berikut :
1. En Muhammad Aspar Bin Jainudin
2. Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman.
Oleh itu sesiapa yg berminat sila hubungi nama di atas.
*Kami juga menerima sumbangan bagi membeli rebana baru untuk kumpulan ini.
Pasukan ini akan di ketuai oleh seperti berikut :
1. En Muhammad Aspar Bin Jainudin
2. Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman.
Oleh itu sesiapa yg berminat sila hubungi nama di atas.
*Kami juga menerima sumbangan bagi membeli rebana baru untuk kumpulan ini.
Sabtu, 27 Oktober 2012
IKB Surau Al-Jassiniah 2012
Jawatankuasa Kerja IKB 2012 Madrasah Al-Jassiniah
Pegawai Penyelaras
En Zainal Adnan Bin Wahab
Pegawai Penyembelih Qurban
Hj Abd Hamid Bin Abdul Rashid
Melapah & Peralatan
Hj Mahmood Bin Hj Sulaiman
En Mohamad Aspar Bin Janudin
Shahril Bin Zakaria
Fakri Shamsudin
Kamarul Ariffin Bin Majid
Norazmi Hj Mokhtar
Musharizan
Menimbang & Agihan
Shamsul Azlan Bin Saet
En Zainal Adnan Bin Wahab
Abd Hamid Bin Ibrahim
Tulang
Saaid Bin Ishak
Shamsul Mat Latip
Busu
Arifin Bin Tak
Ibadah Korban Berkelompok 1433H
26 September 2012 - Madrasah Al-Jassiniah sekali lagi menganjurkan ibadah korban berkelompok yang diadakan di perkarangan Madrasah Al-Jassiniah. Sebanyak 2 ekor lembu yang terlibat untuk IKB tahun ini. Semoga ibadah ini diberkati Allah.

Labels:
Program dan Aktiviti
Ahad, 1 Julai 2012
Hubungi Kami (Second Post)

Kami menyediakan perkhidmatan :
1) Pengurusan korban berkelompok (Penyertaan dari luar qariah sangat dialu-alukan)
2) Pengurusan Jenazah (Di dalam qariah sahaja)
3) Majlis Tahlil & Doa Selamat (Di dalam qariah sahaja)
1) Pengurusan korban berkelompok (Penyertaan dari luar qariah sangat dialu-alukan)
2) Pengurusan Jenazah (Di dalam qariah sahaja)
3) Majlis Tahlil & Doa Selamat (Di dalam qariah sahaja)
Labels:
Contact Person
Jumaat, 15 Jun 2012
Langgan:
Catatan (Atom)